Saturday 13 May 2017

Haru Biru as pelajar Program Dua Tahun

Assalamualaikum gaisss, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernfas di muka bumi Allah. Maaf kalau ada yang tertanya-tanya bila Haura nak update blog. Minta maaf sebab Haura serius busy dengan final year kat matrik. Tahun ni lah paling tough, paling mencabar and paling banyak dugaan. Dugaan apa, okay Haura nak kupas dalam entry ni. :D .


1. Bosan Belajar
Adatlah., bila kita dah get used of something, kita akan rasa bosan sebab rasa mcm benda tu repeated.
Haura bila masuk semester 3 pun dah start bosan dengan bangunan batu bata KMM yang rare tu. Hari2 routine pun repeated, 8 pg-5ptg kelas, malam buat tutor,assignment etc even sometimes rasa mcm lifeless. Okay, here is the way I use to overcome this matter, Haura akan tampal sticky note with supporting word or kata2 yang ingatkan Haura motif menuntut ilmu. Most of student today are more focusing on how to achieve their target mcm pointer, tak salah tapi sometimes bila korang frust, benda tu akan buat korang rasa fed up, serius. I was there, I know how its feels. Ingat kita menuntut ilmu kerana Lillahitaala , letakkan dia sebagai sebab utama kita menuntut ilmu, untuk mencari redhanya, bukan sekadar pointer. Ingat kalau kita dapat sekalipun 4flat, dekan, tapi tak dapat redhanya. Sia-sia je semua tu, kita mungkin berjaya dunia, tapi akhirat kita msih tak secure. Ingat kata2 hikmah Imam Syafi'i , "Bila kau tidak tahan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung perihnya kebodohan" . Clear, bagi umat islam, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu. Jadi jangan rasamenuntut ilmu ni sesuatu yang bosan, anggap ia sesutu yang menarik sebab kita akan learn something new which we dont know or soemthing that can enhance our understanding about it. Kalau kita fikir, ohh aku kena tahu benda tu so that I could score in the exam well, mmg stress la kalau tak dapat jawab even dah study hard. So tajdid balik niat, jadikan perjuangan kita dlam menuntut ilmu ni sesuatu yang diredhainya dan menyeronokkan bukan sesuatu yang sia-sia.

2. Couple
Awal2 sem, mula2 kenal fenomena biasa ni mmg tak nampak lagi, bila masuk sem seterusnya, mulalahh hati terpautlah, dari mata turun ke hatilah, and macam lagilah. Memang fitrah manusia suka dan tertarik pada berlawanan jantina, kalau sama jantina tu Nauzubilahiminzalikh . Tapi control, its not the right time yet. Okay sometimes kita rasa iri tengok kwn kita ada bf or gf yg selalu support dia, boleh teman gi makan sekali, boleh gi outing sekali, boleh post gambar dia kat insta, boleh manja2 errrr. and berbagai reason. Sometimes rasa macam lonely sangat, mcm takde sape nak aku ke?. Lek2, bukan takde org nak kat awak cuma belum masanya. Actually, couple ni bukan je cenderung kepada maksiat, actually memang maksiat pun kalau dah dating berdua, pegang2 tangan, duduk rapat2 sampai bergesel lengan2 and macam2 lagilah gayanya. Ingat, kita ni bawa nama mak bapak, pergi belajar banggakan parent, jangan malukan diaorg. Penat hulurkan duit kat anak dia, tiba2 anak dia buat perangai.

3. Pressure
First sem, tak terasa lagi pressure, petang2 boleh pergi riadah. Tapi bila dah masuk tengah sem, lagi2 batch kami masih lagi ada UPS(ujian pertengahan semester) hmmm, kelam kabut nak cover mana yg tak tercover, nak study lagi. Tutor tak siap, report tak siap. Ada sometimes tu pack dia, bayangkanlah, kelas start 8am-5pm(ada 1hour gap) then sambung malam 8pm-10.30pm. Macam nak menangis je rasanya. Bila terkenangkan waktu pack tapi tutor tak siap, report tak lengkap lagi, tiba2 dapat ws esok kuiz. Hmmm. Masa tu dah terfikir apa, tarik selimut, pejam mata, tawakkal jelah esok hahaha punya pemalas perempuan ni. Jangan ikut ye. Tu baru nak exam. Lepas exam lain cerita pulak. Lagi2 dah dapat result, tak kiralah result tinggi ke rendah ke, dua2 kena kejar dengan pensyarah. Kalau rendah kena push bagi naik, kalau tinggi kena push maintain, kalau sipi2 nak 4flatkena push bagi perfect. Mereka sejujurnya want the best for us, tapi apa yang mampu kita buat just berusaha sehabis daya, and selebihnya berserah. kalau ada rezeki, adalah. Kita bukannya robot boleh programkan 4flat every sem. and kemampuan setiap orang adalah berbeza, bersaing dgn diri sendiri, bukan orang lain. Jangan cepat puas hati dgn kejayaan dicapai , akan tetapi sentiasa juga bersyukur dengan kejayaan itu.

4. Pengurusan kewangan
Ni pun antara dugaan utama, bila duit elaun tak cukup. Haha, its a common thing lagi2 manusia si kuat makan ni haaa. Actually, Haura ada juga buat mcm catatan duit keluar masuk and bugdet seharian tapi Masya Allah tak pernah berjaya sebab tak disiplin so terpaksa sahabat2 membantu menguruskan duit hahaha, nampak sangat borosnya. Dalam bab ni tak termampu nak bagi tips sebab diri sendiri masih berlajar untuk uruskan duit.

Setakat ni, ni lah antara tipikal problem yang biasanya student alami tapi ni based on matriculation. kalau ada apa2 nak share. Adalah sangat2 dialu-alukan.

Salam sayang,
 
    Haura

Sunday 5 June 2016

Tips Survive kat Matrikulasi



Assalamualaikum, to adik-adik and bakal2 'hoobae' yang bakal mendaftar ke program Matrikulasi on hari Selasa ni confirm nervous and excited kan,. Relaks, jangan risau sangat okay. Here akak nak bagi tips macam mana nak survive kat Matriks, Dari segi life sampailah ke akademik. Tapi dependla nak ikut atau tak, sebab ikut kemampuan masing2. Akak dulu pun gelabah terlebih sebab first time masuk asrama. Nasihat akak tak payah risau sangat pasal MPBB, hadap je seminggu pastu korang go on je dengan apa yang korang nak buat. Lagi2 bulan puasa ni, program memang confirm lah dikurangkan.

I bet, semua orang masuk matrik memang nak dapat result 4flat macam kat atas kan. Result kat atas tu result PDT so jangan pelik kalau dia tulis meneruskan pengajian. Result kat atas tu result kawan akak. So akak akan share kan macam mana dia boleh maintain result dia. Sabar, first akak akan advice pasal life dulu okay.

Masalah homesick ni benda biasa bagi siapa yang tak pernah berpisah dengan keluarga. Akak alhamdulillah taklah teruk sangat sampai berhai-hari menangis. Untuk hadap masalah ni akan nasihat adik2 kena kuatkan mental. Ingat balik kenapa adik ada kat Matrik, matlamat adik kat Matrik, even if adik kena paksa masuk matrik, positifkan minded. In shaa Allah boleh. Yang penting bagi seorang muslim,niatkan belajar kerana Allah. In shaa Allah , Allah akan permudahkan urusan kita.
Honestly, akak banyak jumpa dengan orang masuk matrik main2 lepas tu result ke laut then masih tak sedar diri, seriously menyusahkan mak bapak hantar jauh2 hantar duit. Menyusahkan kerajaan. Korang tahu tak kos kerajaan tanggung SEORANG pelajar kat Matrik ialah RM19000++ , ini apa yang pengarah matrik akak cakap. Satu kolej matrik roughly dekat 3000 kira lah berapa.
So korang dah dapat peluang belajar janganlah sia sia kan. Banyak lagi orang lain nak tempat korang kat matrik. So kalau taknak, tak minat, better keluar awal2. Akak still ingat satu lecturer akak pesan, Kalau nak belajar, belajar betul2, kalau nak gagal, gagal betul2 biar keluar terus matrik.

Okay tu baru muqadimah, hahahahah okay. Kat matrik ni, adik kena pandai cari kawan sebab kawan tu mampu mempengaruhi kita. Ada kawan jenis fanatics drama, satu hari tak tengok drama tak boleh, silap2 dengan kita sekali dia heret kita tengok drama. Kaki movie, kaki anime, kaki lepak, kaki insta segala kaki lah hahah, bagi akak tak salah andai korang pandai control and limit tapi biasanya mesti terlebihnya so better elakkan. Akak pun terpaksa uninstall insta segala apps before masuk matrik sebab nak elak lagha hahah harap maklumlah wifi KMM punyalah laju hahha. So hati hati berkawan ye. Better hidup dekat matrik biar independent, jangan terlalu mengharapkan orang lain. Sebab manusia lain2 dik. Bukan nak suudzon. cuma berwaspada sebelum terkena.

Elaun biasanya dapat dalam RM250, pandai2 lah guna duit tu untuk benda2 yang patut bukan berjoli ye. Biasanya dalam 2 minggu pertama dah habis dah duit tu bagi yang suka sangat gi outing beli sana sini lah. Lepastu membebel bila elaun nak masuk. So korang kena bijak berbelanja. Letakkan limit sehari guna berapa. Makan kat matrik semua tanggung sendiri. tapi harga makanan kat matrik memang lebih murah kalau nak compare dengan kat luar. Better jangan lah rajin sangat outing ye. Kalau kat matrik akak, sekali outing mahu tak melayang dekat RM30-RM50, eventhough pergi pekan dekat. Sekali naik teksi sehala ke Masjid Tanah dah RM10, ada bas tapi waktu dia tak tetap. And kira nasib lah kalau dapat naik bas. Tu belum lagi pergi Melaka Central or Dataran Pahlawan.

Lecturer kat matrik memang really helpfull, but korang kena ada effort nak belajar. Bila lecturer suruh siapkan tutor, memang nahas lah kalau tak siap. Nasiblah kalau kena bersidai kat luar kelas sambil siapkan tutor. Sebab tu better simpan sabtu ahad korang untuk siapkan kerja daripada pergi outing. Heheh. Cadangan je tapi kalau sekali sekala nak keluar release tension tak salah. Lect memang rajin buat extra class. Kat matriks pun banyak program akademik such as KumBe, Meka, Eistein/Al-Fateh, Bio Cure and etc tapi setiap matriks program tambahan berbeza daripada matriks yang lain. Program kat atas ada kat KMM je. Kelas agak pack. sometimes korang akan ada extra class pada malam sampai pukul 10.30 mlm. So harap tabah ye.

Last part, tips dari student 4Flat 
  • Schedule Harian (weekend, holiday, study week)
4.30am-7.00am : Bangun, Qiamullail, Study yang melibatkan memorizing, Solat subuh.
7.00am-7.30am : Sarapan. Tenangkan minda.
7.30am-9.00am : Study libatkan calculation/ buat mind mapping untuk topic yang dah belajar.
9.00am-9.30am : Solat sunat dhuha.
9.30am-12.00pm: Sambung Study
12.00pm-1.00pm: Rehat and makan tengah/hari
1.00pm-2.00pm : Solat Zuhur and Qailullah (tidur sebentar)
2.00pm-4.00pm : Study libatkan calculation sebab biasanya petang susah nak menghafal.
4.00pm-5.00pm : Rehat and solat asar.
5.00pm-6.00pm : Jalan2 around matrik/riadah
6.00pm-7.00pm : Dinner
7.00pm-9.00pm : Solat maghrib and isya kat surau. Tenangkan minda dengan beribadah.
9.00pm-11.00pm : Study
11.00pm : Tidur
  • Prepare study untuk final sebulan lebih awal.
  • Rajinkan buat mind mapping or short note untuk topic yang dah belajar.
  • Rajinkan naik unit kalau tak faham
  • Bantu kawan yang tak berapa faham tentang sesuatu topic sebab bila mengajar, korang akan lebih faham.
  • Cari extra note sendiri kat buku reference, jangan 100% depending on lecture note
  • Cari extra question or past year question untuk revision for final.
  • Before masuk kelas, study learning outcomes tentang topic yg akan dibelajar.
  • Jangan stay up sampai 3-4 pagi sebab korang memang akan mengantuk  pagi nanti, end up nya tidur dalam kelas.



Monday 23 May 2016

Nama Baru bagi Bangunan di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

Assalamualaikum, 

Excitedd plus lawak bila dapat tahu nama baru untuk bangunan di Kolej Matrikulasi Melaka. Excited sebab Sem 3 nanti secara oficiallnya terpaksa pakai, lawaknya sebab terfikir macam mana nak tunjuk arah or tempat kat junior nanti sebab nama bangunan 100% berubah. hahahahha berbelit-belit lidah membaca nama2 bangunan yang secara rasmi akan digunakan bermula pada sesi 2016/2017. Apa2 pun goodluck kepada senior and junior untuk menghafal nama2 tersebut ;)



Saturday 21 May 2016

'Pros and Cons' Program Matrikulasi 🎓

Assalmualaikum, dah lama tak update blog sebab busy dengan matrik.
So how, result permohonan UPU, jangan kecewa, in shaa Allah ada rezeki kat tempat lain, yang penting jangan putus asa okay. Before kita masuk topik. Haura nak kongsikan pengalaman before masuk matrik.

Sebelum menjadi warga matrik, result SPM Haura biasa2 je, Haura ambil aliran sains, and subjek sains Haura semua ke laut.Ingatkan tak lepas  matrik but Alhamdulillah lepas, pun begitu I put Matric as my last option.
Haura mohon IPG, lepas pemohonan tapi gagal UKCG disebabkan ujian 'bleep' tu haha.
Then Haura mohon UPU, berdebar punya tunggu result, tengok2 satu tawaran pun tak dapat, menangis teruk jugaklah sebab Haura mohon yg Haura layak je macam Dip Business, Dip Kulinari. Tapi dah bukan rezeki nak buat mcm mana kan. Tapi Haura tak give up, mohon juga rayuan. Tapi atas cadangan parent, diaorg suruh Haura masuk matrik dulu then kalau result rayuan lepas, then keluar matrik. Mula2 mmg taknak sampai menangis sebab takut dgn matrik lagi2 dapat offer PDT Sains. Tapi ikutkan jelah, Masuklah matrik dgn keadaan terpaksa.Then check result rayuan, rayuan pun tak lepas. Menangis tak usah cerita lah, roommate pun sampai tak tahu macam mana nak tenangkan. Tapi Haura keep positive and go on kan kehidupan matrik. Tapi tak give up and Haura mohon juga for 2nd intake pengambilan UiTM, mohon asasi Law. Alhamdulillah Haura dgn roommate dapat offer sama and tempat sama, but Haura reject sebab boleh bawa matrik and sayang sangat dekat matrik kekekeke and actually tak minat Law pun. So yang penting jangan give up and buat study which is better for your future okay.

Okay back to our topic. Each of them has their own pros and cons. Apa2 pun all of this is based on my study about it and my opinion, if ada apa2 cadangan or kesilapan fakta harap dapat kongsikan.


1. Matrikulasi 

Pros:


  • Lower cost compare to Diploma, sebab kos penginapan, kos pengajian, semua ditanggung oleh kerajaan. 
  • Dapat elaun RM250 setiap bulan (depending kepada peruntukan semasa)
  • Free asrama sepanjang pembelajaran kat Matrik
  • Nak sambung belajar IPTA around Malaysia agak senang, sebab mmg majoriti(boleh kata hampir semua yg lulus) student lepasan Matrik akan dapat tawaran ke IPTA.
  • Pensyarah kat Matrik sangat2 membantu (berdasarkan pengalaman di KMM) if korang tak faham, diaorang akan sedaya upaya membantu, tapi kena ada effort la jumpa diaorg kat unit
  • Lepasan matrik boleh sambung belajar ke luar negara.
  • Fast track program yg membolehkan korang masuk degree pada umur 19/20.
  • Suasana pembelajaran yang seronok
Cons
  • Kadang2 korang akan ditawarkan ke Matrik yang jauh dari negeri asal korang and korang tak boleh tukar sesuka hati kecuali atas sebab munasabah seperti sakit kronik.
  • Masa pembelajaran yang agak padat. Kelas biasanya start pukul 8am-1pm (1jam rehat) , then sambung balik 2pm-4pm,  kadang2 korang akan ada extra kelas after 4pm. Sometimes akan ada program kelas malam 8pm-10pm.  Saya sendiri pernah kelas  8am-5pm (including 1hour recess,  4pm-5pm extra classes) then rehat 5pm-8pm. malam yang sama extra class 8pm-10pm. Memang penat sangat. So be mentally and physically prepared kepada yg nak masuk matrik ni.
  • Highly competitive. Result korang akan sentiasa dipantau. And if korang gagal  PSPM. 1.5>Pointer(PST), 2.0>Pointer(PDT) korang akan ditendang.
  • Sambung degree nanti tak semestinya korang akan dapat degree apa yang korang nak especially for medic, pharmacy, dentistry and  ijazah lain yang kritikal even pointer korang 4flat sebab Matrik melahirkan beribu-ribu 4flat setiap tahun and admission untuk ke ijazah , korang bukan je bersaing dgn student lepasan matrik but lepasan asasi, diploma, and STPM.
  • Korang juga berisiko untuk dilelong if pointer  kurang memuaskan below  than 3.00 but jangan risau, rezeki semua di tangan tuhan okay. Redha and jangan putus asa.
  • Even korang boleh sambung ke luar negara. Persaingan tersangat sangat lah tinggi untuk ditaja oleh KPM. And pointer paling MINIMUM untuk BUAT PERMOHONAN ialah  3.50 (permohonan je belum lagi lepas,) and university abroad yang menerima lepasan matrik juga teramat lah limited. Setakat ni hanya  4 negara je yg terima iaitu UK, New Zealand, Indonesia, Australia. itupun certain University je.
  • Silibus agat padat dan pembelajaran agak laju( kalau study in shaa Allah boleh catch up)
  • Matrik lebih kurang macam sekolah asrama je.
  • Hanya boleh keluar outing Sabtu & Ahad (7am-7pm) balik lambat kad kena block.
Okay setakat ni, ini sajalah yang mampu dikongsi. And to bakal2 student Matrik, jangan takut and percaya pada diri okay. 🤗 Any question, you may ask , in Shaa Allah, mana yang terjawab , saya akan cuba jawab.